There was an error in this gadget

Tuesday, 19 June 2012

Honda C70 Kenangan abadi...



 C70




Ini la motosikal yang aku dan adik beradik tunggang masa kecik-kecik dulu, pegi sekolah, masuk ladang, jalan-jalan waktu petang...kadang-kadang rosak tengah jalan dan kami adik beradik la terpaksa tolak sama-sama dengan ayah. Penah kami naik motor ni 4 orang satu-satu masa, hehee...Tapi hampir 10tahun lepas ayah dah jual motor ni, memang sedih la...nombor plat yang saya lukis tu original,tapi rambu kat seat tu takde la...

Hidup kami masa kecik pun bukan senang sangat, motor ni pun pak sedara yang bagi kat ayah dulu, saya masih lagi waktu kecik-kecik kalau nak pegi ladang, semua nak pegi tapi motor satu je, terpaksalah hantar 2 kali, dekat tak dekat la dengan ladang tapi hampir 5km jugak la...

Lepas abang pandai bawa motor, abang pulak yang jadi 'driver' kami. Biasa la kalau abang yang ambil kami, melencong ke tempat lain dulu la. Berhampiran ladang ayah ada tempat rekreasi, situ la tempat kami tuju sebelum balik ke rumah...

Syokk sangat kalau diingatkan balik...


No comments:

Post a Comment