There was an error in this gadget

Saturday, 6 April 2013

 Pameran 3 yang memberi inspirasi...

First time join pameran lukisan yang dilukis oleh otai-otai yang sangat dikagumi sebelum ni. Kalau tak silap lebih 20 lukisan yang dipamerkan di ruang pameran, lobi utama Balai Berita NSTP. Personally, saya sangat kagum dengan sentuhan ketiga-tiga pelukis ini, mempunyai identiti dan tarikan yang berbeza dalam setiap karya yang dihasilkan.

Hisham Salmin dengan tagline nya "Melukis tidak memerlukan banyak syarat. Cukup sekadar pensil dan sekeping kertas", Jamal Tommy "Melukis membuatkan jiwa saya akan tenang dan seakan hilang segala masalah" dan Abey Zoul "Saya membawa gaya "impressionist" bersama warna-warna segar dan juga sapuan berus yang spontan dalam setiap karya" sudah cukup mengambarkan diri pelukis yang cukup sempurna sabagai seorang pengkarya.

Usaha yang dilakukan mereka membuatkan saya sangat teruja dan ingin terus berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh walaupun baru setahun jagung, hehe



Tahnia kepada ketiga-tiga pelukis ni...

No comments:

Post a Comment