There was an error in this gadget

Monday, 24 February 2014

ke Galeri Warna dan Air...


Nama yang cukup sinonim untuk menggambarkan kumpulan pengkarya catan air dan mungkin satu-satunya galeri berkumpulan WC yang ada di KL atau mungkin di negara kita. Usaha murni ini sebenarnya menguatkan lagi semangat kami dan saya sendiri sebagai generasi pelapis dalam memastikan lukisan cat air terus dimartabatkan di Bumi Malaysia, chewahhh macam yb...

Berjumpa dengan nama yang cukup besar dan dikagumi, tiada langsung rasa kekok dengan nama2 seperti Hisham Salmin, Abey Zoul, Jamal Tommy, Zaki Hadri kerana layanan yang mereka berikan walaupun cuma beberapa kali sahaja bertemu muka. Sahabat2 yang lain yang cukup terbuka Maroz Khuzaini, Zaid Jaapar sememangnya membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus berkarya, terima kasih semua, anda memang terbaik!!!...

Minum2 selepas beberapa jam di galeri


Saya yakin bagi Abey Zoul dan founders, galeri ini tertubuh atas semangat setiakawan dikalangan mereka dan terima kasih kerana menerima karya orang baru seperti saya.


6 karya saya dipamerkan untuk jualan di sini





 Antara karya yang dipamerkan


 2 sudah di dinding


 Bersahaja


 Kata Abey Zoul, nilah future art promoter untuk Galeri Warna dan Air, A. Zaki Hadri




No comments:

Post a Comment