There was an error in this gadget

Wednesday, 7 May 2014

Mencari ilmu di bumi Kelantan...

Mencari ilmu di bumi Kelantan...


Masa yang terlalu singkat di Kelantan diisi sebaik mungkin untuk berjumpa 2 orang pelukis terhebat iaitu Cikgu Mokhtar Ishak dan Tuan Mazuki Mohamad. Perbincangan dan ilmu yang dikongsi pasti disemat sekemas-kemasnya untuk bekalan masa hadapan. 

Mokhtar Ishak atau panggilan mesra Cikgu Ta merupakan nama yang tidak asing lagi sebagai seorang pelukis cat air yang terbaik melalui hasil karyanya yang kebanyakan menggambarkan suasana perkampungan dan pinggir pantai. Hasil karya beliau sentiasa menjadi perhatian kolektor persendirian dan galeri sekitar ibu negara. Suasana studio mininya menggambarkan keseriusan beliau dalam berkarya selama hampir 60 tahun.

Mazuki Mohamad sememangnya pelukis terhebat dengan hasil karyanya yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Karya yang dianggap kontemporari memberi peluang kepada kita untuk menikmati suasana kampung dan pantai yang sentiasa segar dan mendamaikan. Terkenal sebagai seorang pelukis yang meminimakan jumlah warna yang digunakan tanpa menidakkan tarikan pada karya yang dihasilkan. 

 Cikgu Ta tertarik dengan coptic sketchbook saya. Katanya ini yang dia tidak ada...




Tuan Mazuki menunjukkan beberapa hasil karyanya dan beberapa pelukis terhebat tanahair yang tidak dijual



Karya saya (framed) untuk Cikgu Ta dan 3 lukisan Cikgu Ta yang saya beli



Hero saya peminat cilik no.1 Tn. Mazuki


 Karya terhebat Khalil Ibrahim (kanan)


 Sebagai timbalbalik lukisan yang saya hadiahkan, Cikgu Ta berbesar hati menghadiahkan saya satu lagi lukisan (kanan).


No comments:

Post a Comment