There was an error in this gadget

Wednesday, 27 August 2014

Langkah dan penerangan bergambar mewarna cat air...

Walaupun langkah yang ditunjukkan tidak banyak membantu berbanding live demo, tetapi sekurang-kurangnya ia mampu menaikkan semangat pelukis amatur untuk terus berkarya. 


Lakaran sangat penting kerana ia menggambarkan apa yang terhasil nanti. Dapatkan perspektif yang terbaik, pastikan setiap objek yang dilukis tidak kaku atau bersendirian (faham maksud saya?, nak faham lagi kita buat live demo, hehehe)


Warna latar yang lembut dimasukkan, kawal berus anda jangan biarkan berus mengawal anda >_<. Pastikan warna yang berbeza digabungkan dengan baik, jangan sampai wujudnya border line. Waktu ni kawalan berus amatlah penting.


Setelah lapisan pertama kering sepenuhnya, barulah lapisan seterusnya dibuat. Perlu diingatkan lapisan seterusnya sangat2 memerlukan kawalan berus yang terbaik kerana permukaan air bukan pada satu warna sahaja sekiranya dilihat dengan betul. Ia terhasil melalui refleksi daripada pelbagai objek seperti dedaun, pokok, batuan dan langit. So campuran pelbagai warna diperlukan. Sambil warnakan juga lapisan pertama batuan dan pokok di permukaan air.


Lapisan terakhir ialah dengan memasukkan warna yang lebih gelap untuk mewujudkan bayang (shadow). Ramai yang salah anggap, warna gelap tidak semestinya hitam. dan satu peringatan, jangan sesekali menggunakan warna hitam untuk shadow!!! kerana ia akan mematikan objek disebalik shadow. Alternatif untuk warna hitam adalah campuran ultramarine blue, cobalt blue dan cerulean blue yang dicampurkan dengan burnt sienna atau burnt umber mengikut portion tertentu bergantung pada kesesuaian. OK???


Ok dah siap, harap dapat membantu... kalo nak saya ajar boleh contact terus atau berurusan dengan Galeri Warna dan Air (WASG) 

No comments:

Post a Comment