There was an error in this gadget

Thursday, 30 October 2014

Potret untuk Tuanku sempena Majlis Perasmian Pesta Konvo UKM ke-42

Alhamdulillah Tuanku suka dengan potret yang dilukis. Mohon beribu kemaafan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan UKM khususnya NC, YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali kerana saya tidak bersedia mengadap Tuanku, ingat cuma dijemput hadir seperti tetamu yang lain...nasib baik pakai baju batik siap2. 

Jutaan terima kasih kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali dan YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal yang telah menjemput saya untuk hadir ke majlis perasmian pesta konvo ini, sangat-sangat terharu dengan layanan YBhg. Prof. yang juga telah memberi cadangan untuk saya menyediakan potret Tuanku ini. Terima kasih juga Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pro-Canselor UKM yang suka dengan hasil potret ni.serta Sekretariat Pesta Konvo yang sudi menempah potret Tuanku ini, layanan kalian tidak akan sesekali dilupakan, In Shaa Allah...

Jujur ini pertama kali saya mengadap istana dan sangat-sangat tidak tahu tentang protokol sebenar dan ianya berlaku secara spontan. Sekretariat juga telah memaklumkan untuk saya ke pentas tetapi saya menolak kerana tidak biasa dengan acara sebegini. hehehe











Potret Tuanku dan logo Pesta Konvokesyen UKM ke-42 sebelum dan selepas dibingkaikan


1 comment:

  1. Perghhh dahsyat betul abang... ! :D
    Kena berguru dengan abang nampaknya ni...

    ReplyDelete