There was an error in this gadget

Monday, 3 November 2014

Pertandingan Cat Air Ekspresi Selangor

Minggu lepas punya cerita...Ini karya terbaik saya yang dihasilkan berbeza dengan lukisan-lukisan sebelum ni. Lukisan alla prima ini dihasilkan untuk menyertai Pertandingan Car Air Ekspresi Selangor. Penghantaran karya adalah pada 31 Oktober 2014. Tema Bandar Kajang dipilih sebab ianya sangat-sangat bertepatan dengan ekspresi selangor. Bandar yang menggambarkan hubungan masa yang tidak pernah putus sejak bertahun lamanya. Jika dilihat dipersimpangan ni bangunan usang disebelah kiri jalan seolah-olah sedang bersaing dengan bangunan moden disebelah kanan. Seperti telur dihujung tanduk, bila-bila masa akan rebah ke bumi ATAU!!!...mungkin kelangsungannya akan diteruskan dan dipulihara sebagai warisan sejarah yang tidak ternilai.










No comments:

Post a Comment