There was an error in this gadget

Thursday, 5 February 2015

Watercolor: Bandaraya Kuala Terengganu, Warisan Pesisir Air

Bandaraya Kuala Terengganu
Medium: watercolor
Saiz: 56cm x 76cm
Tahun: 2015
Available






Nak siapkan satu lukisan, satu rumah saya tawaf...tempat melukis tak pernah kekal, boring satu tempat pindah ke tempat lain, hehehe yang penting lukisan siap.

Macam biasa masih mengekalkan kertas kegemaran Saunders Waterford 300gsm di beli dari BSVN. Kertas ni agak kekuningan sikit (off white), sesetengah pelukis tidak gemar mengunakan kertas jenis ni. Saya suka pendapat Hisham Salmin, katanya mungkin masa kertas ni dicipta pelukis sangat suka sebab menampakkan hasil lukisan lebih retro, mungkin ada benarnya, hehehe...

Lukisan ni disiapkan dalam 2 malam memandangkan cara penghasilannya agak leceh (layan objek yang kecik). ianya terhasil selepas saya agak berpuas hati dengan hasil Kg. Baru...tentang brand watercolor yang digunakan pula saya lebih selesa menggunakan Schmincke walaupun mempunyai beberapa jenama lagi seperti Daler Rowney, Holbein, Sennelier, Cotman dan Alpha. Ditambahkan lagi bila digunakan dengan Diana Kolinsky Brush Set yang sangat awesome diperkenalkan oleh Abey Zoul, memang terbaik berus ni!!!... Berus ni macam kasut jugak, bila tak digunakan mudah rosak, so maksimumkan penggunaannya baru tahan lebih lama...

 Kalau perasan penampakan logo Saunders Waterford di sebelah signature saya...


No comments:

Post a Comment