There was an error in this gadget

Monday, 16 March 2015

Kemas Studio...

Memang jarang kemas studio ni, sebab masih berpegang dengan mentaliti segelintir pelukis, hehehe. Apapun saya tetap kalah dengan mereka kerana studio saya rumah saya. so nak tak nak rumah sendiri perlu sentiasa kemas untuk keselesaan sendiri dan tetamu...

Studio saya sangat simple. Takde pun lampu meja klasik yang biasa pelukis guna, hanya meja dan kerusi IKEA yang paling murah bertemankan beberapa kotak dan satu rak untuk mengisi peralatan lukisan. 

Saya juga obses dengan buku dan katalog berkaitan lukisan sebagai rujukan semasa berkarya, dan pelukis yang sentiasa saya rujuk adalah Arwah Tuan Haji Mansor Ghazali, walaupun saya hanya ada 1 katalog lukisannya tapi masih tak puas merujuk hasil lukisannya yang mempunyai aura tersendiri, lukisan yang vibrant, titik fokus yang nyata dan campuran warna yang agak sukar untuk dihasilkan kebanyakan pelukis termasuk saya yang masih mentah ni....

Bagi yang berminat untuk tengok koleksi lukisan saya secara live, boleh lah datang ke studio saya di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi, berdekatan Surau Annur....

No comments:

Post a Comment