There was an error in this gadget

Thursday, 26 March 2015

Watercolor: Sketchbook

 Bila masa terhad untuk berkarya, sketchbook banyak membantu meringkaskan lagi kerja selain tetap ada masa untuk melukis. Itu penting kerana kekerapan melukis yang tinggi mampu memperbaiki skill yang ada.

Ada juga rakan2 pelukis yang cakap saya boleh lah selalu melukis sebab tak busy, maklumlah kerja badan berkanun, ewah2 agaknya dorang pantau ikut satelit kot kerja gomen je tak busy, duduk dalam ofis je tak buat kerja, tak masuk akal ke tak berakal ni????.

Alasan untuk tidak melukis sebab busy memang langsung tak boleh pakai sebenarnya kerana ada juga rakan2 dan sifu saya yang busy bekerja tetap luangkan masa untuk beriadah dan melukis, boleh saja tapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih... ni bukan nak kondem tapi nak bagi nasihat sikit, tapi cara kasar, hahaha...

Ok berbalik pada lukisan, kali ni saje nak completekan sketchbook yang ada, baru perasan rupanya dah ada 14 bijik sketchbook, 6 completed, alhamdulillah ada rezeki mungkin boleh buat solo show tentang sketchbook pulak, hehehe

Kat bawah ni hasil yang terbaharu

 Kampung nelayan

 Taman Wetland

 2015 Putrajaya Hot Air Balloon

 Tali air

 Pemandangan dari Genting Cable Car

16 sheets handmade sketchbook, 300gsm Saunders Waterford wc paper

No comments:

Post a Comment