There was an error in this gadget

Sunday, 5 April 2015

Plein air bersama PESENI di kediaman Tuan Yudin Mat di Kg. Merkang, Pasir Puteh, Kelantan

Fahamlah saya kenapa PESENI sentiasa disebut2 antara persatuan yang gigih memperjuangkan seni lukis bukan sahaja di Negeri Cik Siti Wan Kembang, malah di Malaysia keseluruhannya. Rata2 semangat ahli mereka mempunyai falsafah masing yang membuatkan karya mereka kuat dari segi penghayatan dan persembahan visualnya. Masing2 ada tarikan tersendiri dan itu adalah kunci kejayaan mereka...

Pada mulanya saya diajak Tuan Mazuki untuk berplein air di sekitar Pasir Puteh, tak terfikir pun berplein air berkumpulan macam ni...Saya dan Abang Din (dari Kuala Terengganu) dicadangkan Mazuki untuk berjumpa di hadapan Kilang Bernas Pasir Puteh. Dalam fikiran ni dok terbayang macamana nak lukis pemandangan kilang ni, hehehe rupa2nya situ tempat kami berkumpul sambil menunggu ahli PESENI yang lain.

Sebenarnya, saya sangat2 beruntung kerana plein air kali ni di sertai nama2 besar pelukis kelantan antaranya Ismail Kadir, Haji Mokhtar Ishak, Kartunis Pak Rossem, Pak Abu, Mat Hasim Kamaludin, Prof. Mohd Nawi Mat Ali (Lim Kok Wing), Dr. Arif Datoem (Jakarta), Yudin Mat (tuan rumah), Imanordin Mohd Shah, Muhamad Jusoh, Manza Doll, Mazuki Mohamad, Abang Din (Kuala Terengganu), Tho Man, dan Sham Cni. Mereka tak lokek berkongsi pengalaman dan ilmu serta petua menghasilkan lukisan yang benar2 diterima masyarakat...

 Hasil plein air di kediaman Tuan Yudin Mat
Tajuk: Banting empat kerat
Medium: Watercolor
Saiz: 28cm x 38cm
Daler Rowney wc + 300gsm Saunders Waterford wc paper

Satu sketch, sebab isteri saya cakap pokok bambu kuning di sebelah kami melukis tu cantik...


Gambar2 plein air di 'ruang seni' Encik Yudin Mat



terharu, walaupun saya tergolong dalam kelompok generasi baharu, tetapi layanan mereka 5 bintang :-)

Isi perut sebelum plein air, sori Hero saya kuat makan sikit dan xnak share dengan orang, hehehe

 Bersama Maestro Ismail Kadir dan Hj. Mokhtar Ishak (Cikgu Ta)

 Saya ahli Gangsta Watakala, hehehe

 Tuan Ismail Kadir sedang beraksi...

 Port feveret Cikgu Ta dan Mazuki...

 Prof. Nawi banyak kongsi ilmunya pada saya dan difahamkan ahli PESENI, Sham Cni, Prof. dengan inisiatifnya sendiri telah membuka kelas kepada ahli PESENI untuk lebih mendalami seni hingga ke akar umbi, memang terbaik, melukis melukis jugak tapi faham ke kita apa tujuan kita melukis???hebat PESENI...


 Terima kasih Isteri dan Hero saya yang setia menemani, hehehe

 Sweet gambar ni, hehehe

 Cikgu Ta masih ingat pertama kali saya berkunjung ke rumah dan hadiahkan satu lukisan kepadanya dulu. Beliau kagum sebab saya datang plein air bersama famili, hehehe

Abe Kie (Mazuki Mohamad) sahabat yang tak pernah lokek berkongsi ilmu setiap kali berjumpa dengannya...tengok pallette nya saja buat saya terfikir, itu la pelukis sejati...

 Bersama Tuan Pengerusi PESENI

Terima kasih Pak Rossem yang sudi menerima lukisan yang tak seberapa untuk di letakkan di Balai Kartun Rossem, Peringat, Kelantan. In Shaa Allah ada masa saya akan singgah...

No comments:

Post a Comment