There was an error in this gadget

Tuesday, 19 May 2015

Plein air Kg. Nail, Kuala Besut 16 Mei 2015, 11.00 pagi - 2.15 petang

Bila balik kampung, tentunya akan ada masa diluangkan bersama2 pelukis di sana terutamanya dari Kelantan. Pada mulanya ingatkan Tho Man nak buat solo plein air, rupanya ada Mazuki Mohammad, Cikgu Haji Mokhtar Ishak dan Sham Cni jugak... Memang rezeki sayalah nak plein air dengan otai berbisa nih...

Pilihan tempat plein air kali ni hanya 10 minit dari rumah Mak Mertua saya di Kuala Besut, cantik sangat la tu, hehehe. Disebabkan saya berada di Kuala Berang menjaga ibu yang dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman pada hari Jumaat, so awal pagi sabtu saya dan keluarga bertolak ke Kuala Besut dan team plein air berjumpa di Kg. Nail... selebihnya tengok gambar di bawah, huh malas nak cerita....

Sebelum pulang, sempat juga la ajak mereka makan tengahari di rumah Mak Mertua saya di Kg. Baharu, terima kasih kerana sudi singgah...

Kami berlima sudah, anda bila lagi???hehehe macam mengundi plak...

Antara pemandangan yang menarik

Peminat Cikgu Ta

Palette yang digunakan Cikgu Ta ni berusia lebih 8 tahun dan bila close up boleh nampak retak seribu dan warna sudah bercampur dengan plastik. Bukan tidak ada palette baharu katanya tapi Cikgu Ta sangat menghargai palette ni, hmmm kalau offer tentu tak ternilai harga ni...

Sambil Cikgu Ta beraksi, saya siapkan satu sketch beliau...

Tho Man sempat tidur tapi dia mampu siapkan lukisan sama dengan orang lain, saka apakah yang digunakan???hehehe

Sentuhan Sham Cni nampak lembut, bila dah siap memang woww!!...

Bila berada disebelah Cikgu Ta, dia tak pernah lokek ilmu dan pengalaman...Sebenarnya banyak kisah suka duka Cikgu Ta sedikit sebanyak membuatkan saya kuat dan tak mudah putus asa dalam perjuangan sebagai seorang pelukis...

Kg. Nail, Kuala Besut
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 28cm x 38cm
Mix wc brand + 300gsm Bockingford wc paper
SOLD

Terima kasih Cikgu Ta atas komen semangat :-)

No comments:

Post a Comment