There was an error in this gadget

Monday, 15 June 2015

Bila melukis di kampung sendiri...

Perjalanan dari Bandar Baru Bangi terus ke Kuala Berang hanya mengambil masa 4 jam sahaja melalui LPT 1 dan LPT 2, hampir 1 1/2 jam masa dikurangkan, lepas ni boleh lah pegi KL balik hari, hehehe...

Alhamdulillah Mak Ayah sentiasa diberi kesihatan yang baik...

Sampai rumah je terus rasa nak melukis, dapatkan beberapa shot menarik dan terus membuat lakaran...

 Start sketching jam 530 petang, siap sepenuhnya hampir jam 7 petang

 Dah siap...

 Pengkritik utama saya...ayat biasa yang ditanya "Apa ni???Omey...", hehehe

 Rumah orang tua nun di atas bukit sana...

 Tajuk: Rumah orang tua
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38cm x 56cm

No comments:

Post a Comment