There was an error in this gadget

Sunday, 20 September 2015

Plein air @Pullman Hotel Putrajaya, 18 - 20 September 2015...

Alhamdulillah selesai percutian yang ditaja Hotel Pullman Putrajaya Lakeside selama 3 hari 2 malam. Terima kasih pihak Pullman yang memberi peluang ini kepada kami merakamkan suasana sekitar hotel yang damai dan penuh tradisi dan budaya. Terima kasih kepada PeRUPA terutamanya Pak Aris Aziz, Raduan Noruddin, A. Zaki Hadri dan Syuq yang bertungkus lumus memastikan program ini berlangsung dengan jayanya.

12 Lukisan hasil plein air ini akan dimasukkan ke dalam kalendar Pullman Putrajaya 2016 dan selebihnya akan dipamerkan di ruangan lobi hotel bermula November ini, so siapa yang berkesempatan dijemput hadir, berminat nak beli boleh book sekarang sebab beberapa painting telah di booked ye...

Satu kelainan pada hotel ini ialah terdapat 4 bangunan utama yang terdiri daripada kaum majmuk di Malaysia iaitu Melayu (Tanjung), Cina (Lotus), India (Jasmine) dan Borneo (Rafflesia). Ditengah2 Plaza Level terdapat menara jam yang menjadi mercu tanda hotel ini. Jadi kami diberi tugasan untuk merakamkan setiap bangunan di sini, beberapa kumpulan diwujudkan bagi mengelakkan berlaku pertindihan subjek yang dilukis. Pelukis dan ahli PeRUPA yang terpilih adalah Pak Aris Aziz, Raduan Noruddin, A. Zaki Hadri, Syuq, Abey Zoul, Munif Muhamad Nor, Hisham Salmin, Abinaj Ain, Padi Razak, Ahmad Zakir, Irwan Idris, Bo Ga dan saya. 2 pelukis jemputan juga hadir iaitu Maroz Khuzaini dan King Marul. Sesi plein air kali ini berlangsung dengan jayanya, setiap pelukis mampu menghasilkan sekurang2nya 2 lukisan pemandangan dan juga close up persekitaran hotel.

Pada sebelah malamnya sesi wacana ilmu (art talk) berlangsung dari jam 9 - 11 malam. Antara panel yang dijemput adalah Pak Yusof Gajah dan Pak Aris Aziz, moderator adalah Tuan Raduan Noruddin.


Antara yang hadir, dari kiri A. Zaki Hadri, King Marul, Bo Ga, Padi Razak, Abey Zoul, Zakir Amir, Syuq Tone, Maroz Khuzaini, Saya, Hisham Salmin, Munif Muhamad Nor dan Abinaj Ain, Pak Aris (Tiada dalam gambar)

 Wakil Gangsta Watakala...

 Lotus Pullman
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38cm x 56cm

Pullman View
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38cm x 56cm

Sunset in Pullman
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 10cm x 14cm

Warisan Melayu
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38cm x 56cm

 Artwork by GW

  Artwork by GW





 Mengigil bila otai tengok kita melukis

 Bersama pihak penganjur Pullman

 Hasil yang xseberapa...





 Hisham melukis sambil berbual dengan Pak Aris...

 Pameran tak formal

  Pameran tak formal

 Bersama 3 hasil karya utama saya...

 Diskusi seni dimana2

 Malam kedua sangat bertuah ditemani Pak Yusof Gajah...

 Teruja tengok hasil karya beliau...

 Imej dan lakaran yang hebat...

Saya hadiahkan kepada Pak Yusof...

 Hadiah daripada Pak Yusof sebagai kenangan, original painting!!!... im impressed!

 Palette yang menjagi igauan sekian lama...



 INFO lanjut berkaitan sesi pembelajaran atau jemputan Plein Air boleh terus hubungi:

Call sahaja: +6019-9169960
Whatsapp sahaja: +6010-4029960
Instagram: @azmannor_pikirlukis
Facebook: Azman Nor


1 comment: