There was an error in this gadget

Wednesday, 2 September 2015

Watercolor: Bintang tak didendang

Gambar ni diambil setahun lepas di Kg. Baru, KL...Sejujurnya lukisan yang dihasilkan dalam masa 6 jam ini diharapkan mampu memberi pelbagai persepsi pandangan umum tentang maksud yang ingin disampaikan serta penggunaan warna yang betul pada tempat yang sesuai. Saya lebih mengutamakan penggunaan warna yang sesuai bagi menghasilkan kesan cahaya (lighting) dan bayangan (shading) yang menarik. Subjek adalah perkara kedua... 

Penggunaan warna yang pelbagai mampu menaikkan mood mereka yang melihat dan menghayati lukisan ini, campuran 3 warna utama iaitu ultramarine blue, burn sienna dan alizarin crimson digunakan untuk menghasilkan warna lantai... air (water spray) digunakan secara berlebihan untuk menghasilkan kesan warna semulajadi, hanya 1 lapisan sahaja dan biarkan ianya kering, lihat hasilnya...

Wash yang diamalkan dalam lukisan ni sangat sukar untuk kekalkan beberapa bahagian putih yang diperlukan, jadi untuk pastikan warna asal kertas tidak terganggu saya gunakan masking fluid. Selesai disapukan dibahagian dikehendaki...lakukan wash dengan bebas (dapat jimatkan masa lagi...)

Selebihnya kalau nak tau keje join kelas la >_<

Bintang tak didendang
Medium: cat air (watercolor)
Saiz: 56cm x 76cm
Available

Buat detailing...

Free postcard...


INFO lanjut berkaitan sesi pembelajaran atau jemputan Plein Air boleh terus hubungi:

Call sahaja: +6019-9169960
Whatsapp sahaja: +6010-4029960
Instagram: @azmannor_pikirlukis
Facebook: Azman Nor

1 comment: