There was an error in this gadget

Friday, 2 October 2015

Palette Baharu...

Dalam melukis kalau boleh saya nak se'simple mungkin dari hasil lukisan hinggalah ke peralatan yang digunakan untuk melukis. Palette yang digunakan sebelum ni bukan lah tak best, tapi setiap satu tu pasti ada sikit kekurangan. Saya kurang selesa gunakan palette yang mempunyai pan mudah alih atau tempat isi color yang terlalu dalam (sebab color terlalu banyak diletakkan). Palette ni kadang2 boleh merosakkan hujung berus bila nak calit color tu...

Satu hari bila dah belek2 website ebay, terjumpa satu palette yang memang dicari sebelum ni. Harga murah tapi kos penghantaran agak mahal, nak tak nak memang kena beli sebab dah lama mengidam >_<

Kos Penghantaran agak mahal pun sangat puas hati sebab penghantaran dari Kanada mengambil masa kurang seminggu, memang terbaik!!!...




2 comments: